Wednesday, August 27, 2014

TEMA HARI KEMERDEKAAN KE 57


RASIONAL LOGO 

  • Jalur Gemilang yang sedang berkibar megah menjadi inspirasi kepada logo ini. Ia merupakan satu perlambangan kepada negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat.
  • Angka 57 membawa maksud ulangtahun ke-57 kemerdekaan Malaysia. Sekaligus menjadi lambang kematangan negara dibawah kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecermerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.
  • Angka 57 yang diberikan sentuhan retro, menjadi refleksi kepada tarikh keramat kemerdekaan negara pada tahun 1957, mencerminkan impian dan harapan serta semangat cintakan negara yang tidak berbelah bagi rakyat terdahulu, semoga menjadi pedoman dan panduan kepada generasi Malaysia hari ini terutama golongan muda.
  • Kibaran Jalur Gemilang menyelimuti angka 57 turut mencerminkan kemakmuran dan keamanan negara yang telah wujud sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, berupaya dikekalkan sehingga ke saat ini dengan sokongan dan dukungan kuat oleh rakyat berbilang etnik dan kepercayaan yang bergabung menjadi satu masyarakat Malaysia yang unik dan bertoleransi.
  • Bulan sabit dan bintang berbucu 14 melambangkan kedaulatan negara, menjadi kewajipan setiap pemimpin dan rakyat untuk terus memelihara dan mengekalkannya.
  • Tema 'Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' diletakkan pada sudut bersesuaian dengan rekabentuk logo bagi menyokong kekuatannya dari segi imbangan, maksud dan nilai estetika.


Lagu Tema





Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta 
Cinta 
Cinta kepada nusa 
Kini dan selamanya 
Tak berbelah bagi 

Cinta bergema 
Sejarah kebangkitan 
Semangat bagai pahlawan 
Alangkah oh bertuahnya 

Kita 
Punya rasa yang dalam 
Pada pertiwi ini 
Kita terus berganding ke mercu 

Chorus :
Di sini lahirnya sebuah cinta 
Cinta yang semarakkan 
Penyatuan kita semua 

Di sini lahirnya sebuah cinta 
Curahkan sepenuhnya 
Jasa dan budi kita 

Segala cabaran 
Kita terus tempuhi 
Jangan ada yang leka 
Tetap berjuang 

Di sini lahirnya sebuah cinta 
Cinta yang semarakkan 
Penyatuan kita semua 

Di sini lahirnya sebuah cinta 
Curahkan sepenuhnya 
Jasa dan budi kita 

Ayuhlah berbakti 
Hingga akhirnya

No comments: