Friday, May 19, 2017

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2017

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2017 telah berjaya dilangsungkan pada 16hb Mei 2017 jam 7.30 pagi bertempat di Dataran Wawasan SKSB. Pelbagai program telah disediakan untuk memeriahkan majlis sambutan tersebut. Majlis dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku, lagu Perak, bacaan doa, bacaan Perutusan Menteri Pendidikan dan Ketua Pengarah Pendidikan dan sebagainya. Selepas itu, semua warga guru menyanyikan lagu Guru Malaysia dan lagu tema hari guru yang bertajuk " Guru Pembina Negara Bangsa. Setelah itu, lagu terima kasih guru pula dinyanyikan oleh semua murid-murid SKSB. Selepas itu, satu acara sukaneka telah dijalankan. Pada pukul 11.00 pagi, murid berkumpul di sudut ilmu untuk menyaksikan pelbagai acara persembahan yang disampaikan oleh para guru dan murid. Majlis bersurai pada pulul 1.30 tengah hari.

No comments: