Friday, May 18, 2018

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2018

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2018 telah berjaya dilangsungkan pada 16hb Mei 2018 jam 7.30 pagi bertempat di Dataran Wawasan SKSB. Pelbagai program telah disediakan untuk memeriahkan majlis sambutan tersebut. Majlis dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku, lagu Perak, bacaan doa, bacaan Perutusan Menteri Pendidikan dan Ketua Pengarah Pendidikan dan sebagainya. Selepas itu, semua warga guru menyanyikan lagu Guru Malaysia dan bacaan Ikrar Hari Guru. Selepas itu semua murid SKSB menyanyikan lagu terima kasih guru. Kemudian persembahan dari murid tahap 1, tahap 2, Pra sekolah dan Pendidikan Khas. Pada pukul 11.00 pagi, murid -murid menjalankan aktiviti mencipta kad ucapan hari guru (tahap 1) dan aktiviti mencipta penanda buku (tahap 2). Sementara itu, guru-guru menjalankan aktiviti memasak mengikut kumpulan dapur. Majlis bersurai pada pulul 1.00 petang.




















No comments: