Program Pendidikan Kolaborasi Antarabangsa yang dikenali pada tahun ini sebagai Microsoft Global Learning telah berlangsung pada 5hb November 2019 sehingga 6hb November 2019. SK Seri Bayu dengan seramai 10 orang murid termasuk murid pendidikan khas pendengaran dan 2 orang guru telah menyahut cabaran program Microsoft untuk berkomunikasi melalui skype dengan guru dan murid dari 7 buah negara, iaitu pelajar dari Cotabato City Central Pilot School dari Philippines, cikgu Vijya P dari Washington USA, pelajar dari Kamla Nehru Public School Punjab India, guru dari Posts & Telecommunication Institute of Technology Hanoi Vietnam, guru dari Al-Amal Deaf School Egypt, pelajar dari LongAn Elementary School Taipei Taiwan & pelajar dari Banderanuyake Central College Veyanyoda Sri Lanka. Selain daripada itu, murid SK Seri Bayu juga berpeluang untuk berskype dengan pelajar dari SMK Jenjarom Selangor, cikgu Kamariah Awang dari Terengganu, serta pelajar dari Medini Trust School Johor.
No comments:
Post a Comment