Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah telah berlangsung dengan jayanya pada 29.8.2014, Jumaat jam 8.00 pagi di Dataran Perhimpunan SKSB. Acara dimula dengan Bacaan Doa, nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Perak dan Perak Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan. Acara seterusnya ialah ucapan dari Guru Besar SKSB, Hj Zahidi bin Hj Zulkiffli. Seterusnya, murid-murid menyanyikan lagu tema Hari Kemerdekaan yang ke-57, iaitu "Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta". Acara disambung dengan penyampaian hadiah kepada murid-murid yang berjaya memenangi pertandingan mewarna, melukis poster, kuiz kemerdekaan serta pertandingan keceriaan kelas. Pada pukul 9.30 pagi, suatu perarakaan kemerdekaan dijalankan di dalam kawasan sekolah. Majlis bersurai pada pukul 10 pagi.
Monday, September 1, 2014
Wednesday, August 27, 2014
TEMA HARI KEMERDEKAAN KE 57
RASIONAL LOGO
- Jalur Gemilang yang sedang berkibar megah menjadi inspirasi kepada logo ini. Ia merupakan satu perlambangan kepada negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat.
- Angka 57 membawa maksud ulangtahun ke-57 kemerdekaan Malaysia. Sekaligus menjadi lambang kematangan negara dibawah kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecermerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.
- Angka 57 yang diberikan sentuhan retro, menjadi refleksi kepada tarikh keramat kemerdekaan negara pada tahun 1957, mencerminkan impian dan harapan serta semangat cintakan negara yang tidak berbelah bagi rakyat terdahulu, semoga menjadi pedoman dan panduan kepada generasi Malaysia hari ini terutama golongan muda.
- Kibaran Jalur Gemilang menyelimuti angka 57 turut mencerminkan kemakmuran dan keamanan negara yang telah wujud sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, berupaya dikekalkan sehingga ke saat ini dengan sokongan dan dukungan kuat oleh rakyat berbilang etnik dan kepercayaan yang bergabung menjadi satu masyarakat Malaysia yang unik dan bertoleransi.
- Bulan sabit dan bintang berbucu 14 melambangkan kedaulatan negara, menjadi kewajipan setiap pemimpin dan rakyat untuk terus memelihara dan mengekalkannya.
- Tema 'Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' diletakkan pada sudut bersesuaian dengan rekabentuk logo bagi menyokong kekuatannya dari segi imbangan, maksud dan nilai estetika.
Lagu Tema
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi
Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya
Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu
Chorus :
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita
Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita
Ayuhlah berbakti
Hingga akhirnya
Wednesday, July 23, 2014
MAJLIS KHATAM 2014
21h Julai 2014, Isnin - Majlis khatam Al-Quran Peringkat Sekolah telah diadakan pada jam 8 pagi, semperna Program Ihya Ramadhan tahun ini. Murid-murid dengan berpakaian baju Melayu, berkumpul untuk mengaji Al-Quran.
Subscribe to:
Posts (Atom)
