Thursday, November 13, 2014

KEMPEN OPS DENGGI PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BAYU

Pada 10hb November 2014, Kempen Ops Denggi Peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Bayu Tahun 2014 telah berlangsung dengan jayanya pada jam 7.40 pagi bertempat di Dataran Wawasan. Murid-murid SKSB telah dikumpul di dataran tersebut untuk mendengar ceramah denggi yang disampaikan oleh pegawai kesihatan dari Pejabat Kesihatan Manjung. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Guru Besar SKSB, Hj Zahidi b Hj Zulkiffli. Kempen tersebut akan berjalan sepanjang minggu bermula pada hari Isnin sehingga Jumaat. Pelbagai program telah disusun semperna mingguan ops denggi. Antaranya seperti Pameran Kesihatan, Pertandingan Kuiz, Jigsaw-Puzzle, Kolaj dan juga penyampaian hadiah. Perasmian Penutup kempen akan dilangsungkan pada hari Jumaat iaitu 14hb November 2014.












No comments: