Sunday, November 23, 2014

JAMUAN AKHIR KGKT 2014

Jamuan makan malam akhir tahun KGKT SKSB telah diadakan pada 20hb November 2014, Khamis jam 8.00 malam bertempat di Restoran Horizan, Seri Manjung. Staf SKSB telah berkumpul untuk menjamu selera dan meraikan pertukaran beberapa guru ke sekolah lain. Mereka adalah Pn Murtakiah, Pn Suhana dan Pn Norazlin. Pihak KGKT sekolah telah menyediakan cenderahati kepada guru-guru tersebut sebagai tanda perhargaan di atas perkhidmatan selama di SKSB.  























No comments: