Saturday, October 20, 2018

LAWATAN PENANDA ARAS DARI ROMBONGAN DAERAH KERIAN

Pada 8hb Oktober 2018, rombongan yang terdiri daripada 41 orang pengetua dan guru besar dari Daerah Kerian mengadakan Lawatan Penanda Aras ke SKSB untuk melihat sendiri Program Sekolah Amanah dan juga penggunaan teknologi dalam PdPc di SK Seri Bayu. Rombongan tersebut diterima dengan mesra oleh barisan guru besar SKSB, pegawai LeapEd dan juga guru-guru SKSB. Satu taklimat mengenai pengurusan SKSB telah disampaikan oleh Hj Zahidi b Hj Zulkiffli, Guru Besar Cemerlang SKSB. Acara diteruskan dengan lawatan ke Makmal komputer dan Pusat Akses untuk taklimat Program Sekolah Amanah yang disampaikan oleh Middle Leader dan penggunaan teknologi dalam PdPc yang disampaikan oleh team ICT SKSB.














No comments: