Saturday, October 20, 2018

MAJLIS PERSARAAN CIKGU HALILA BT SAIM

Pada 19hb September 2018, jam 8:00 pagi - Majlis Budimu Disanjung, Jasamu Dikenang, khas buat Puan Halila bt Saim, guru senior SK Seri Bayu, sempena persaraan beliau. Majlis yang berlangsung di Dataran Wawasan SKSB ini diserikan dengan pelbagai atur cara untuk meraikan Pn Halila bt Saim yang telah berkhidmat di SKSB selama 16 tahun sejak 2002. Antara pengisian atur cara sepanjang majlis ini ialah Persembahan silat, nyanyian lagu Negaraku dan negeri Perak, ucapan Guru Besar SKSB, ucapan YDP PIBG SKSB, persembahan tarian, tayangan montaj dan penyampaian hadiah dari tahun dan juga panitia.































No comments: