Saturday, July 27, 2019

LAWATAN PENANDA ARAS DARI SK PADANG GAJAH & SK LAKSAMANA, LMS

Pada 27hb Julai 2019, rombongan yang terdiri daripada 40 orang guru besar dan guru-guru dari SK Padang Gajah & SK Laksamana dari Daerah Larut Mantang dan Selama serta Daerah Kuala Kangsar telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke SKSB untuk melihat Pengurusan Sekolah dan juga pembangunan ICT di SK Seri Bayu. Rombongan tersebut diterima dengan mesra oleh barisan SLT SKSB dan juga guru-guru SKSB. Satu taklimat amalan terbaik SKSB telah disampaikan oleh Pn Nor Azura bt Murad, Guru Besar SKSB. Acara diteruskan dengan tandatangan Sijil Jalinan dan Jaringan. Majlis diteruskan dengan perkongsian amalan terbaik sekolah amanah yang dikendali oleh Middle Leader SKSB. Kemudian, rombongan tersebut diberi pendedahan tentang pengintegrasian TV & aplikasi dalam PdPc. Majlis diakhir dengan penilaian 2 star 1 wish dan lawatan ke pameran inovasi pra sekolah dan kelab doktor muda.


























No comments: