Saturday, July 27, 2019

LAWATAN PENANDA ARAS PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PROGRAM SEKOLAH AMANAH KLUSTER MANJUNG

Pada 22hb Julai 2017, rombongan yang terdiri daripada wakil dari JPN Perak (Sektor Pendidikan Swasta Pendidikan Khas, Sektor Jaminan Kualiti), wakil dari LeapEd & Yayasan Amir, PPD Kinta Utara, PPD Batang Padang, PPD Mualim, PPD Kuala Kangsar, guru besar dan penolong kanan dari sekolah yang terpilih di Negeri Perak telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke SKSB untuk melihat Program Sekolah Amanah (PSA) kluster Manjung. Rombongan tersebut diterima dengan mesra oleh barisan SLT SKSB dan juga guru-guru SKSB. Satu taklimat mengenai Amalan terbaik telah disampaikan oleh Pn Nor Azura bt Murad, Guru Besar SKSB. Acara diteruskan dengan lawatan ke kelas untuk melihat pengajaran PAK 21. Program diteruskan dengan lawatan kebitaraan kelab Dr Muda untuk melihat pameran. Majlis diakhiri dengan sesi penilaian 2 star 1 wish oleh peserta rombongan dan penyampaian sijil dan cenderahati kepada JPN Perak.




No comments: